Friday, March 30, 2012

MINGGU 7

MENGAPLIKASIKAN MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT  DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
 Pengenalan
BENGKEL MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT


Terdapat prinsip-prinsip yang harus dipatuhi dalam pemprosesan maklumat ini agar maklumat yang didapati dalam keadaan yang baik :


Terdapat dua jenis ingatan yang membantu proses ingatan berfungsi iaitu:

(i) Ingatan jangka pendek
(ii) Ingatan jangka panjang





1.  PROSES INGATAN JANGKA PENDEK 





2. PROSES INGATAN JANGKA PANJANG




 APLIKASI MODEL PEMPROSESAN DENGAN MENGGUNAKAN TAPAK PEMBELAJARAN

Guru-guru yang hendak mengajar murid-murid menggunakan tapak pembelajaran haruslah menunjukkan cara-cara menggunakan tapak pembelajaran tersebut kepada murid. Hal ini membantu murid-murid mengingati bagaimana tapak pembelajaran itu digunakan agar membolehkan murid-murid menggunakannya untuk P&P yang seterusnya.


Contoh-contoh tapak pembelajaran


Contoh langkah atau cara penggunaan tapak pembelajaran :

Langkah 1 :

Membuka laman web yang diingini iaitu laman web tutor. Laman ini sering digunakan guru bagi sesi P&P.

Langkah 2 :

Anda dikehendaki menekan atau klik pada kotak bertulis 'Bank Soalan', dimana telah berpautan dengan soalan-soalan yang telah dikumpulkan. Soalan-soalan yang merangkumi soalan-soalan bagi tahap sekolah menengah dan sekolah rendah. Bagi sekolah rendah harus memilih soalan bagi sekolah rendah. Contohnya :

Langkah 3 :

Pada langkah ketiga, setelah memilih tahap soalan, anda seterusnya memilih mata pelajaran yang diingini. Sebagai contoh mata pelajaran Bahasa Melayu.



Langkah 4 :

Setelah itu, anda boleh memilih kertas model yang dingini. Bagi setiap kertas model yang disediakan mengandungi dua jenis soalan iaitu kertas 1 bagi soalan pemahaman dan tatabahasa. Manakala kertas dua pula mengenai esei. Sebagai contoh seperti di bawah:



Langkah 5:

Soalan akan berbentuk PDF format seperti di bawah. Kemudian, guru bolehlah menyimpan bahan-bahan pengajaran tersebut menggunakan kreativiti guru, untuk menentukan cara penyampaian yang lebih sesuai sama ada dibuat dalam bentuk teks biasa, menggunakan power point dan sebagainya. Seperti di bawah, guru bolehlah klik pada 'button save' untuk menyimpan sebagai rujukan akan datang;



Sunday, March 18, 2012

MINGGU 6

MEMBINA DAN MENGAPLIKASIKAN STRUKTUR PERPAUTAN DALAM PENYUSUNAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Pengenalan

· Struktur perpautan lebih dikenali sebagai “hyperlink”. Struktur perpautan ini sering digunakan dalam “powerpoint”, portal, blog dan tapak pembelajaran. Namun kita sering menghasilkan struktur perpautan dalam bentuk powerpoint. Hal ini kerana pengendalian struktur perpautan di dalam powerpoint lebih mudah berbanding dalam bentuk yang lain.
·   Struktur perpautan juga dikenali sebagai “hyperteks”. Hyperteks merupakan interaksi spontan yang membolehkan perhubungan antara laman-laman web. Penghubung hyperteks ini selalunya berbeza dari segi fon.
· Penghubung hyperteks ini juga mengandungi satu lamat yang dikenali untuk disambungkan kepada alamat tersebut.

Terdapat empat jenis struktur perpautan iaitu:
          (i)              Struktur linear
§  Bahan 1, bahan 2 dan bahan 3 diakses secara berasingan dan tidak mempunyai sebarang pautan.
§  Murid memulakan pencarian di laman 1, kemudian mencari maklumat di laman 2 dan akhirnya di laman 3. Murid mesti mengikut urutan laman yang telah disediakan.




Contoh Struktur Linear dalam P&P


(ii)  Struktur hierarki

      §  Dikenali sebagai struktur pokok. Setiap paparan mewakili topik atau tajuk utama
  §  Setiap topik utama pula boleh dibahagikan kepada beberapa topik kecil atau sub topik.




Contoh Struktur Hierarki dalam P&P



(iii)         Struktur rangkaian

§  Menyediakan pautan atau hubungan di antara setiap topik utama. Struktur sebegini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk meneroka dengan lebih mudah dan fleksibel.




(iv)         Struktur komposit

§  Struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain
§  Sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian.

Kesan kepada murid
§  Murid-murid boleh memulakan kerja mereka dengan salah satu pautan yang diberikan.

Kepentingan akses struktur perpautan
§  Setiap laman yang diakses, akan membawa kepada beberapa subpautan yang berkaitan dengan laman yang berkenaan

Contoh Struktur Komposit dalam P&P




Friday, March 16, 2012

MINGGU 5

MEMBINA DAN MENGGUNAKAN TAPAK DAN LAMAN WEB PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Pengenalan
Zaman internet ini, penggunaan halaman web membolehkan sesiapa sahaja sama ada individu, syarikat atau organisasi untuk menyalurkan pandangan, maklumat, pembelajaran hidupan dan sebagainya yang boleh dicapai oleh sesiapa didunia dalam masa beberapa saat sahaja.

Kepentingan membina laman web
Terdapat pelbagai kepentingan laman web perlu dibina. Antaranya ialah:
i. Memaparkan idea
• Memaparkan idea yang berguna dan mampu membantu orang lain.
ii. Meningkatkan kebolehan diri
• Dapat meningkatkan kebolehan dan kemahiran diri dalam bidang internet
iii. Komunikasi maya
• Boleh manjalankan sesi komunikasi maya dengan pengguna di seluruh dunia dan boleh mengadakan perbincangan bersama
iv. Berkongsi maklumat
• Mampu berkongsi maklumat sesama pengguna 

PROSEDUR PEMBINAAN TAPAK PEMBELAJARAN BAGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Terdapat beberapa langkah dalam pembinaan tapak pembelajaran. Tapak pembelajaran ini boleh dibina dengan mengikuti beberapa langkah untuk membina tapak pembelajaran.

PROSEDUR PEMBINAAN LAMAN WEB TAPAK PEMBELAJARAN BAGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Tapak pembelajaran Sebelum membina laman web tapak pembelajaran memerlukan perancangan. Pembinaan laman web perlu dirancang terlebih dahulu.

Antara contoh-contoh jenis laman web:



   Bagi pembinaan laman web tapak pembelajaran P&P bahasa Melayu ini berkaitan dengan laman web pendidikan yang sememangnya membantu dalam proses P&P Bahasa Melayu. Oleh itu, terdapat beberapa prosedur yang perlu diikuti untuk pembinaan tapak pembelajaran ini.

GARIS PANDUAN PEMBINAAN TAPAK PEMBELAJARAN

Menurut Ramli Kamaruddin (2001) telah menetapkan beberapa garis panduan yang perlu ada dalam sesebuah tapak pembelajaran Terdapat beberapa garis panduan yang harus terdapat dalam sesebuah tapak laman pembelajaran. Antaranya ialah:

BIL
PERKARA
HURAIAN
1
Reka bentuk paparan skrin
Haruslah yang menarik, mudah
2
Grafik
Susun atur paparan skrin:
(i) Seimbang : kedudukan teks
(ii) Kemas : susun letak paparan skrin dalam keadaan kemas, bersih
(iii) Konsisten: teks dan grafik perlu pada setiap paparan.
3
Font atau muka taip
 Standard yang terdapat dalam semua komputer ialah Arial dan Times New Roman.
 Saiz tajuk pula harus sesuai menggunakan fon yang mudah untuk dibaca.
 Fon yang sesuai untuk isi kandungan pula pada saiz 10-12.
 Bagi penggunaan warna fon pula harus berlainan seperti:
- Ketebalan
- Italic
- Bergaris
- Warna dan saiz fon berlainan.
- Huruf berkedip : sesuai untuk tarik perhatian pembaca pada sesuatu tempat.
Ikon
Reka bentuk yang sesuai dengan topik
Pilihan warna yang sesuai pada ikon (ambilkira latar belakang)
Pautan hyperteks
 Terdiri daripada cebisan teks dan maklumat dalam bentuk grafik atau video.
 Maklumat disambung antara satu sama lain melalui pautan yang hasilnya tidak berbentuk linear iaitu tidak ikut urutan
Format gambar
 Bagi memudahkan memuat turun gambar di dalam tapak pembelajaran ialah menggunakan format seperti:
- JPEG (* .jpeg)
- GIF (* .gif)
 Melalui format ini fail yang terhasil lebih kecil saiznya supaya lebih mampat untuk lebih pantas dimuat turun.
 Tidak digalakkan menggunakan(bmp),(.tga), (.tif), (.pch) keran saiznya yang besar.
Format fail gambar
Tidak digalakkan menggunakan fail gambar bersaiz lebih dari 100kb.
Animasi
 Satu siri gambar yang disusun atau ditayangkan satu per satu dengan begitu cepat sehingga kelihatan sperti satu gerakan.
 Animasi multimedia lebih kompleks
 Hanya digunakan pada paparan yang sesuai
 Penggunaan SWF ( Macromedia Flash ) digalakkan kerana saiz yang lebih kecil.


MINGGU 4

PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Bahan pengajaran dan pembelajaran kini boleh diperolehi bukan hanya daripada buku-buku teks malah ia boleh didapati daripada bahan-bahan internet yang merupakan salah satu sumber yang besar dalam menyumbangkan bahan-bahan pengajaran. Hal ini kerana kita boleh mendapatkan bahan-bahan daripada negeri dan negara lain sebagai rujukan juga sebagai bahan bantu mengajar untuk kita gunakan dalam proses P&P terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Pemilihan bahan internet untuk P&P Bahasa Melayu ini sering dipilih bagi pemilihan seperti berikut:
  1. Bahan sastera
  2. Bahan tatabahasa
  3. Bahan bidang ilmu lain
Berdasarkan aspek pendidikan, sebelum guru-guru menggunakan bahan-bahan sumber dari internet, sama ada untuk pengajaran dan pembelajaran secara langsung di bilik darjah atau sekadar sebagai bahan bantu mengajar yang telah terlebih dahulu dimuat turun, proses penilaian dan pemilihan perlu dilakukan. Hal ini perlu dilakukan supaya bahan sumber yang digunakan itu benar-benar membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bagi mengelakkan timbulnya kesan negatif yang tidak dikehendaki atau djangka kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

 1.  PEMILIHAN BAHAN SASTERA
Bahan sastera merupakan bahan yang berkaitan dengan kesusteraan yang mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding bahan yang lain. Genre Sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu. Bahan sastera ini merangkumi beberapa jenis seperti:

Pemilihan bahan sastera juga perlulah berkaitan unsur-unsur kesusteraan. Menurut Hashim Awang, unsur-unsur yang terdapat dalam kesusteraan ialah seperti:

Pemilihan bahan sastera perlu mengambil kira juga aspek-aspek lain seperti aspek-aspek terhadap penerimaan bahan tersebut kepada murid. Antara aspek-aspek tersebut ialah:
 
2.  PEMILIHAN BAHAN TATABAHASA
Tatabahasa merupakan ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Seringkali selepas pembelajaran dalam kelas murid-murid akan diberi latihan tatabahasa.

Jenis-jenis tatabahasa

§  Atau boleh melayari laman web di bawah ini bagi mendapatkan penerangan yang lanjut mengenai tatabahasa dan jenis-jenisnya.


3.  MEMILIH BAHAN BIDANG ILMU LAIN.
Bagi bidang ilmu lain adalah seperti bidang agama, ilmu Sains, ilmu Geografi, Matematik dan Sejarah. Bidang-bidang ini boleh diperolehi dengan melayari pelbagai alamat URL. Namun sebagai contoh alamat URL bidang lain adalah seperti:










Monday, March 12, 2012

MINGGU 3

APLIKASI GARIS PANDUAN & ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

ETIKA KOMPUTER

·           Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan 
          komputer yang betul (panduan).
·           Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan
          capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan
komputer dalam era maklumat

MASALAH MORAL DAN ETIKA

Terdapat beberapa masalah moral dan etika yang sering berlaku iaitu:
1.            Penggertak
2.            Penyalahgunaan internet
3.            Virus
4.            Hak cipta
5.            Perisian cetak Rompak

Penggertak:
·        Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan          merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
·         Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakanperisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuankemusnahan

Penyalahgunaan internet :
·         Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang
banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.

Virus:
·         Penyebaran virus - merosakkan sistem, data, perisian,melumpuhkan
         rangkaian computer.
·         Hak cipta terpelihara
·         Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi   undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu

Perisian cetak rompak:
·        Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual

PRINSIP ETIKA KOMPUTER
·         Keseimbangan
·          keizinan temaklum
·         Keadilan
·         Meminimum-kan risiko

10 RUKUN ETIKA KOMPUTER
  1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain
  2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
  3.  Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
  4.  Tidak menggunakan komputer untuk mencuri
  5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
  6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah
  7.  Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.
  8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
  9.  Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
  10. Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.

MEMINDAHKAN GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET DALAMBENTUK BROSUR DAN POWER POINT



BUKA MICROSOFT PUBLISHER & KLIK PADA IKON “BROCHURES”


PILIH ‘DESIGN’ YANG SESUAI



MASUKKAN BUTIRAN-BUTIRAN BAHAN YANG DIPERLUKAN
PAGE 1

PAGE 2



CETAK DAN LIPAT BROSUR