Saturday, April 14, 2012

MINGGU 15

SEMINAR DAN PAMERAN TMK DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DEKAD KINI DAN MENDATANG.

SEMINAR
  • Seminar menurut kamus pelajar mengatakan suatu perjumpaan untuk menyelidik dan membahaskan sesuatu masalah di bawah pimpinan orang-orang yang ahli dalam hal itu.
  • Terdapat pelbagai isu yang boleh diseminarkan iaitu:
    • Pengaplikasian teknologi maklumat dalam P&P bahasa    Melayu
    • Penggunaan komputer di sekolah
    •  Pembinaan modul pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

    Contoh seminar P&P Bahasa Melayu Berbantukan Komputer:

Antara Hasil Bbm Berbantukan Komputer

Contoh Borang Pemarkahan Pertandingan Seminar P&P berbantukan Komputer


PAMERAN
Pengertian pameran adalah suatu kegiatan untuk mempamerkan hasil kerja yang telah siap dibina bagi sebagai rujukan dan panduan kepada orang ramai dalam proses pembinaannya.


Jenis-jenis pameran:
BIL
PERKARA
HURAIAN
1
Pameran tetap
Pameran yang dijalankan tanpa melakukan perpindahan tempat
2
Pameran Temporer
Pemeran yang diadakan buat sementara waktu iaitu mempunyai satu tempoh masa yang ditetapkan
3
Pameran Keliling
Pameran yang dijalankan dengan secara mengelilingi sesuatu tempat tanpa mengira waktu yang tetap.

Contoh Pameran:
Contoh pamplet Pameran :



MINGGU 14

BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN DALAM P&P BAHASA MELAYU
Pengenalan
Cakera padat merupakan sejenis peranti daripada kepingan bersalut magnet yang digunakan
untuk menyimpan data dan atur cara komputer.

Meneroka dan mengklasifikasi cakera padat
Cakera padat boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis cakera padat. Antaranya ialah:


Memilih Cakera Padat pembelajaran Bahasa Melayu
·        Cakera padat untuk pembelajaran bahasa Melayu telah diwujudkan oleh pihak penerbit buku teks.
·        CD-Rom ini diharap dapat membantu meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu
·        Turut digunakan dalam latihan dan soalan
·        Digunakan juga dalam puisi tradisional dan kesusasteraan


Menggunakan Cakera Padat Dalam Aktiviti Pengajaran
Penggunaan cakera atau CD-Rom boleh diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran pembelajaran bahasa Melayu.
AKTIVITI
JENIS CAKERA
KESUSASTERAAN
  · Cakera sastera seperti pantun, syair atau cerpen pendek.
TATABAHASA
  · Cakera latihan tatabahasa


MINGGU 13

MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Pengenalan

Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek. Animasi boleh hadir dalam bentuk dua dimensi, tiga dimensi ataupun melalui pelbagai kesan khas. Walau apa jua bentuk animasi yang digunakan, ia mampu menghasilkan kelainan dalam program yang didokongnya kerana sememangnya jiwa manusia sukakan sesuatu yang dinamik dan bukannya statik.

a) Menggunakan Animasi Perkataan dan Objek Powerpoint

PowerPoint
  • Perisian Powerpoint atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan terutama dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial, pembentangan kertas kerja dalam seminar. Namun bagi dalam bidang pendidikan pula powerpoint ini kerap digunakan dalam kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran dalam bilik darjah.
  • Pada masa ini, powerpoint bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat persembahan pasif atau satu hala malahan mempunyai kelebihan untuk menjadikan persembahan lebih interaktif. Dengan lain perkataan powerpoint boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantu Komputer (IBK) yang berkesan. Penggunaan powerpoint ini sering dikatikan dengan animasi.

b) Fungsi-fungsi Tab dalam PowerPoint



c) Animasi PowerPoint yang Pertama (Picture, Clip Art, Shape, Smart Art, Chart)



d) Animasi PowerPoint yang Kedua (Transitions & Animations) :
Lebih kepada penggunaanya kepada pergerakan slide powerpoint



MINGGU 12

 MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Pengenalan
Alat pengarangan merupakan alat yang bertanggungjawab untuk menggabungkan data supaya ia dapat dipersembahkan untuk pembelajaran, latihan mahupun untuk hiburan. Pengarangan atau (authoring) merujuk kepada pengaturcaraan yang dibuat oleh bukan pengaturcara (programming by non-programmers). Alat pengarangan merujuk kepada perisian yang akan digunakan. Selain itu juga alat pengarang ini merupakan satu alat yang digunakan untuk mengarang atau menghasilkan sesuatu karangan.

Jenis-jenis Alat Pengarangan



MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN DALAM MENCAPAI KEMAHIRAN BAHASA SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Alat pengarang yang dipilih haruslah membuatkan anda selesa dengan penggunaannya. Sebagai contoh pemilihan alat pengarangan yang dipilih ialah Google docs. Google docs ini boleh didapati dengan melayari:

Aplikasi
·  Guru memberi satu tajuk karangan dan mengarahkann murid untuk menghasilkan karangan tersebut menggunakan alat pengarang yang diketahui

APLIKASI PENYUNTINGAN BAHAN BAHASA MELAYU DENGAN MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN

Bahan bahasa Melayu yang didapati daripada internet boleh disunting. Bahan ini boleh mengikuti langkah-langkah penyuntingan bahan.  Antara langkah-langkah tersebut ialah:
(i)          Mengumpul bahan dari internet
(ii)         Memasukkan maklumat dalam alat pengarangan
(iii)      Memulakan semakan
(iv)       Memadam maklumat tidak berkaitan
(v)        Simpan maklumat atas talian

MINGGU 11

PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA SIDANG VIDEO

Pengenalan

Pengajaran bahasa Melayu Secara sidang video merupakan salah satu pengajaran yang membantu P&P bahasa. Melayu selain menggunakan paparan media seperti audio dan video sebagai alat bantu mengajar di dalam kelas.



1. Sidang video (telesidang video atau telekonferens video ) merupakan satu set teknologi telekomunikasi interaktif yang membenarkan orang di antara dua atau lebih lokasi berinteraksi melalui penghantaran video dan audio dua hala secara serentak.

2. Sidang video juga telah dirujuk sebagai kerjasama pandang dan merupakan sejenis perisian kumpulan.

3. Sidang video berbeza dari videofon kerana ia direka untuk ditujukan kepada suatu persidangan dan bukan individu.

4. Telesidang video ini juga amat sesuai bagi melaksanakan Pendidikan Jarak Jauh kerana ia sesuai bagi tujuan menjalankan seminar, kuliah, ceramah jemputan, tutorial, tunjukcara, mesyuarat, perdebatan, persidangan, pembentangan kajian, viva, temuduga dan juga bimbingan kaunseling.

a) Jenis Perisian Sidang Video



KONFERENSI SECARA ATAS TALIAN

Menurut kamus dewan bahasa keempat, konferensi bermaksud pertemuan formal untuk berbincang, bertukar-tukar pendapat dan maklumat. Selain itu juga ia merupakan perbincangan tentang sesuatu perkara, ter­utamanya di kalangan pihak-pihak yang mem­punyai minat dan kepentingan bersama. Konferensi selalunya berlaku di atas talian iaitu menggunakan internet.

a) Jenis Persidangan Video & Transmisi Sidang Video

        Jenis persidangan video

        Transmisi persidangan video

  
b) Kebaikan Menggunakan Sidang Video
 


c) Contoh persidangan video
 

d) Konferensi Secara Atas Talian
       
Konferensi secara atas talian 

  
MENGADAKAN SIDANG VIDEO UNTUK MENGAJARKAN KEMAHIRAN MENDENGAR BERTUTUR 

a) Sidang video menggunakan perisian Skpye

b) Sidang video menggunakan perisian Yahoo Messenger

 

Sunday, April 1, 2012

MINGGU 10


MEMBINA BAHAN VIDEO DAN AUDIO UNTUK PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
Pengenalan

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer merupakan satu P&P yang menerapkan pendedahan awal penggunaan komputer kepada murid-murid. Pendedahan ini sangat membantu P&P Bahasa Melayu yang dahulunya lebih kepada cara tradisional. Pengajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer dapat menarik minat murid terutamanya dalam pengajaran Kemahiran Bahasa.

Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa.


Sebelum membina bahan video dan audio dalam pengajaran kemahiran bahasa Melayu, terdapat beberapa perancangan yang harus dilakukan. Perancangan tersebut ialah berkaitan dengan

(i) Penentuan peringkat pengajaran
(ii) Kemahiran bahasa
(iii) Penentuan peringkat pengajaran
  • Peringkat pengajaran bermaksud penentuan peringkat atau waktu pengajaran bagi menggunakan bahan audio dan video tersebut. Hal ini membantu guru dalam waktu yang sesuai penggunaan bahan video dan audio.
  • Peringkat pengajaran boleh dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu:


Sekiranya penentuan peringkat pengajaran tidak dilakukan hal ini akan menyukarkan guru dalam menentukan bahan video dan audio untuk kegunaan di dalam kelas.

 (i) Kemahiran Berbahasa

Seperti yang diketahui, kemahiran berbahasa mengandungi empat kemahiran dibawahnya iaitu kemahiran mendengar bertutur, membaca dan menulis. Pembinaan bahan video dan audio untuk pengajaran Bahasa Melayu perlu mengambilkira kemhiran berbahasa ini sebelum membina bahan video dan audio. Hal ini kerana sekiranya P&P pada hari itu memfokuskan kepada sesuatu kemahiran bahasa contohnya kemahiran membaca, guru tidak boleh menggunakan bahan audio sebgai bahan bantú mengajar pada hari itu kerana ianya tidak relevan.

iii) Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio

Pendedahan kepada garis panduan dan prinsip-prinsip penghasilan sesetengah jenis media dan multimedia. Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, vido dan animasi. Selain itu interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi menerusi penggunaan multimedia.

Prinsip pembinaan bahan video dan audio:


1. Penggunaan elemen teks

Dalam menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang jelas elemen-elemen media lain akan gagal menyampaikan makna yang dikehendaki. Hal ini bermakna teks ini penting dalam menyampaikan P&P.
  • Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat.
  • Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian.
  • Pastikan teks boleh dibaca dari jarak yang sesuai.
  • Pemilihan jenis tulisan dan warna teks bersesuaian dengan kumpulan sasaran (murid) dan suasana persembahan.
  • Pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain.

2. Penggunaan elemen grafik dan visual

Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya.
  • Grafik merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat.
  • Sebagai contoh sekiranya maklumat padat telah dimasukkan dalam bentuk grafik, ia mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat, menarik dan berkesan Tambahan pula, ia boleh memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan.

3. Penggunaan elemen audio

  • Audio atau bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem komputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa.
  • Penggunaan audio dalam membina bahan P&P bahasa Melayu boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Seringkali bahan audio dan video ini digunakan untuk pengajaran kemahiran Bahasa Melayu. Hal ini supaya dapat meningkatkan motivasi dan menimbulkan suasana yang menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan.



4. Panduan meggunakan elemen video

  • Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan realistik berbanding elemen-elemen multimedia lain. Video berupaya mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat dan juga mempengaruhi perasaan dan emosi para pengguna dengan lebih nyata.

5. Panduan menggunakan elemen animasi

  • Animasi merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya bersifat statik. Hal ini utntuk memberi kesan yang baik terhadap objek supaya kelihatan lebih memberi kesan kepada pengajaran Perkataan atau imej-imej statik untuk diisampaikan dengan lebih mudah dan berkesan. Penggunaan animasi ini boleh menceriakan proses penyampaian, disamping mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.
  • Animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan juga dinamik bagi membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan mengenai sesuatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah untuk dipindahkan ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam proses pemahaman mereka. Tambahan pula, animasi boleh digunakan bagi menyediakan persekitaran pembelajaran secara maya untuk menangani keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak      boleh disediakan, membahayakan ataupun kemungkinan melibatkan kos yang tinggi.


Membina Bahan Video Dan Audio

Terdapat pelbagai perisian yang boleh digunakan untuk memebina bahan audio dan video. Antaranya ialah:



(i) Membina bahan video



(ii) Membina bahan audio

Audio dibina menggunakan easy MP3 sound recorder.


Bahan audio ini hanya memerlukan rakaman dan direkod melalui perisian yang dipilih. Hasil rekod tersebut disimpan dan dinamakan sebagai bahan audio untuk memudahkan pencarian bahan dilakukan nanti.




MINGGU 9

MENGEDIT BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA ATAS TALIAN MENJADI BROSUR, NEWS LETTER, DAN KAD PENGUMUMAN
Pengenalan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengeditan merupakan satu proses mengedit. Proses mengedit ini berkait rapat dengan kaedah melakukan penyuntingan terhadap bahan iaitu sama ada melakukan pengubahsuaian, penambahbaikan.

Prosedur pengeditan

Pengeditan ini boleh dilakukan secara atas talian sama ada Brosur, News Letter dan Kad Pengumuman. Bagi pengeditan bahan menjadi brosur boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah mengedit menggunakan talian internet.

Langkah-langkah untuk pengeditan ialah: 

- Proses pengeditan menggunakan MyBrochureMaker - http://www.mybrochuremaker.com/














  
Prinsip Mengedit